Tuesday, July 7, 2015
THE START OR FULL STOP...
Sunday, November 27, 2011
Ayahanda 3......
Setahun dah berlalu... amik masa lama jugak yek nak habiskan citer nih.. ahaha... cepat tul masa berlalu....
smbung lagi sket...
So masa balik ke pulau pinang... x silap 2 minggu kuliah.. dpt call... time tu hati dah berdebar2... call dari rumah!!!
Rupa2nya abg ipor minta balik segera untuk tgk ayahanda.... ayat yg penting tp penuh seribu pengertian... petang tu terus cabut.. mmg speed 140-150kmj mainan kat jalan raya... pantang ada keter depan, mmg dpt la lampu tinggi ku....
sepanjang perjalananku just dapat msj dari sis.. tye dah katne aku ketika tu... tp sorang pun langsung xde citer pasal ayahanda... dalam hati sepanjang perjalanan sentiasa berdoa agar ayahanda dlm keadaan baik dan biar aku smpat jumpanya.....
smpai sudah kmpung halamanku... masa tepat pukul 1 pagi... hanya sebuah rumah yg masih terang dengan ramai orang keluar masuk.... otak time tu mcm dah jem dah... nak parkir keter pun x tau katne... sepupu terdekat dpt meminta aku bykkan bersabar... x faham ape yg mereka ckpkan... aku meluru masuk n terdengar ramai org membaca surah yasin....
rupanya ayahanda masih hidup.. ttp dalam keadaan nazak... terus aku cium ayahanda... n tanpa sedar air mata mngalir dengan derasnya... berharap ayahanda sedar semula... bonda kelihatan sugul sebelah ayahanda smbil berkumat kamit membacakan surah yasin tersbut... teringat lagi ketika aku mencium dahinya... kelihatan air matanya bergelinangan... dia tahu aku dah sampai...
walaupun bacaan yasin tadi telah berlalu.. namun ayahanda masih belum menunjukkan apa2 perubahan... beliau tetap dalam keadaan tidak sedarkan diri... kali ini aku mengambil wudhu n membaca surah yasin untuknya... dan itu merupakan bacaan yg terakhir buatnya sebagai khalifah yg dipinjamkan sementara di dunia ini... selepas selesai membaca yasin... ayahanda menghembuskan nafas yang terakhir.... tepat pada 1.47 pagi... 4 disember 2009.... khamis malam jumaat......
tp alhamdulillah... aku redha.... kerna aku telah mnjalankan separuh tanggungjawab sebagai seorang anak kepadanya....sparuh lagi buat bondaku......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
semoga arwah ditempatkan dikalangan orng yg beriman dan bertaqwa... dan anakanda ini takkan putus mendoakan ayahanda di sana......
Al-Fatihah....
Hj A. Malek Bin Hj. Wahab... (15/01/1942 - 04/12/2009)
p.s buat mereka yg masih mempunyai ibubapa tu... jaga mereka sebelum mereka tiada lagi...... jadilah anak yg soleh.........
Monday, November 29, 2010
Ayahanda...2
Sambungan kisah ayahanda 1......
Setibanya di hospital temerloh itu... dengan kemudahan yg sungguh selesa.. maka aku ambil cuti rehat aku untuk jaga ayahanda.. kesian jugak bonda kerna berulang alik.. akhirnya dapat gak sewa rumah bujet... dekat ngan spital.. smpai kat wad... nurse2 n doctor2 mmg xlekang le mmberi senyuman mesra.. mcm nak kapal terbang lak... ada pramugara n pramugari menyambut layanan yang baik terhadap pesakit...
dalam wad pun ada aircond... so mmg sejuk time malam.... mlm tu ayahanda kene 1 tiub darah.. coz badan die kekurangan darah... so doc cuba stabilkan dulu.. then akan buat 'examination' kat die... tu yg sakit nak dengar... lepas doc explain prosedur.. aku pun setuju...selepas dua hari aku terpaksa balik kereje coz x leh cuti lama2 kang bising lak bos... terpaksa lak bonda n siblings yg lain jaga... bile aku balik.. mmg resah aje.. mana xnya... ayahanda aku ni kalo time makan mesti xnak makan... kesan sakit tu buat die x berselera... mmg susut sgt badan die.. so bile bonda n siblings len nak bagi die makan... mesti kene marah dorang... makanan x sedap la.. sejuk la.. mcm2 lagi rungutan ayahanda...
so masa ari jumat tengahari.. keter aku dah stat pasal nak pecut balik hspital.. smpai2 je.. bonda kata abah makan sikit je... xde selera... time tu jugak terus jmpe ayahanda.. ajak die makan... siap beli makanan favourite di... ayam kfc... alhamdulillah... habis satu pinggan... tu yang aku pelik kalo ngan orang lain... mesti kene marah.. kalo ngan aku... elok je nak makan... aku tau ayahanda syg lebih kat aku kot... hehe... bukan ape setiap arahan die masa sihat2 dulu... mesti aku ikut tanpa gagal... walaupun ati memberontak.... ikut je la.... so bile die sakit, giliran die lak dengar cakap aku... kene makan...
setelah seminggu lebih.. keadaan ayahanda makin pulih n cergas.... aku pun ready nak balik semula coz barang2 aku x prepare lagi nak ke pulau pinang n isnin kene keje....... ayahanda menangis masa aku nak berangkat pulang... pelik gak.. slalu aku balik xde menangis... aku pun sebak gak tp wat biase je.. die pesan.. blaja elok2 buat yang terbaik..
dalam hati.... baik bos.... bersambung........
Ayahanda ...1
so minggu tu aku balik gak kg pasal x sedap hati dengar ayahanda x sehat... sesampai je umah tgk ayah aku lemah di atas katil... kata bonda, ayahanda xnak g hospital.. aku ngan keras kepala terus telifon ambulans mintak antar ke hpital... nasib baik ayahanda ikut je cakap aku...
masa ayahanda sihat2 dulu.. kira garang jugak la.. aku ni anak last slalu buat hal.. slalu gak kene blasah mase kecik2 dulu... tp skg ni dah jadi org xde buat perangai lagi dah.. hehe... smpai kat spital, doc terus tahan wad untuk 2,3 hari x silap... so mlm tu aku jaga la ayahanda.. bila tidor d wad spital ni paham2 jela.. mana leh lelap nak tido... mesti nak merayau sana sini... kejap2 jadi doctor tgk fail pesakit... kejap2 jadi jaga kat spital ronda2... kdg2 2-3 pg ngada2 nak g jalan2 kat bilik mayat... mana la tau boleh jumpe mayat hidup... hahaha.. tp stakat ni x penah jumpa ape2 pun..
maka pagi esoknya.. first lady doc datang bertugas ke wad.. dgn hanya sluar trek baju single.. tp pakai jugak le jubah putih tu... bergerak ke katil2 pesakit.. time tu mata aku dah kuyu nak balik... so bertukar ngan akak aku.... petang tu akak report kat aku doc tu xde tye sgt pasal ayahanda... mcm xde sakit sgt... gaya doc tu mcm ade sedikit kuang ajor la.. tone suara tu... aku dlm ati mcm dah xsedap dgr... tunggu la sok...
ayahanda pun ikut jugak ckp aku....
Salam...
Tuesday, February 2, 2010
100 DAYS
Wednesday, December 2, 2009
Kuliah yang memenatkan...
Hmm... sapa boleh jawab tu. Terdetik gak dalam hati, kata nak membentuk guru yang tinggi dengan sahsiah dan seumpamanya, tapi bila kene kat depa lain pulak ceritanya. Teringat aku kata-kata lecturer masa kat maktab dulu, kalo mengajar kat sekolah kene ikhlas, jangan kerja kerana duit aje, nanti hidup tidak berkat. ;/
Bukan nak kutuk lecturer tadi, pasal aku pun pendidik. Apa-apa yang tidak puas hati ngan pentadbir atau rakan sekerja, aku takkan cakap depan anak didik. Yang penting kene profesional, tanggungjawab terhadap tugas kene laksana dengan sebaik-baiknya. Ikut hati, mahu aje aku nak tegur lect tu. Tapi apakan daya kita orang yang kerdil, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Wah membebel pulak aku petang-petang nie. Hari nie terasa penat sikit pasal kene daki kelas tingkat 3, then tukar kelas blok lain pulak di aras bawah, then tukar sana sini situ..mcm-mcm lagi le.. That's life in campus, memang sentiasa kene bergerak kalau nak ilmu. Tapi kalo berat badan tak kurus-kurus ada la yang tak kene. =__=
Assignment dah makin berlambak, walaubagaimana susah payah pun, dengan akal fikiran yang tak berapa genius ni kata, boleh la buat kot.!??hmm???mintak-mintak dapat result macam abg gee,, anugerah dekan tu, skrg tengah amik master kat UPSI. Lupa nak congrates.
Pagi tadi dapat mesej kat abg ajak, die gtau adik Cikgu Vidayu meninggal dunia pagi tadi, eksiden kat batu 6 teluk intan. Aku tumpang simpati kat keluarga beliau, walaupun xkenal adiknya tapi terasa la jugak kesedihannya. Al-Fatihah...
Insyaallah, nati aku letak le gambar, cikgu-cikgu ubern tahun 6 kang tak percaya aku tgh belajar, xde bukti kata dorang, mngada-ngada. Oh terlupa, semalam mamat2 nie ada call aku semalam, time aku ade tgh kuliah, dengan ayat kurang ajonya mengajak aku men tuju bola warna. Apa barang!!! (snooker) hehehe... tunggu la woi, korang praktis2 la dulu, kang takut menyesal.
Sambil-sambil aku layan tenet nie, rupa-rupanya bisnes firol dah makin berkembang, die tgh sibuk bisnes blook die. Kepada yang belum dapat, apa lagi email la kat die ok. Harap2 die sukses la.
orait folks, got to go now, nak smbung study dalam bilik lak, nanti aku sambung lain lak citer aku yang membosankan nie.. -____-
Monday, November 30, 2009
Selamat HAri Raya
Tuesday, November 24, 2009
cuti ker????
Thursday, November 19, 2009
SEJARAH HARI INI....
Monday, October 12, 2009
antara PMR n Praba( not mraba yek)




Sunday, October 11, 2009
Kehilangan
Bila Waktu Telah Terhenti
bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sedari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya
bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi
*saja nak kongsi... hayatilah bait-bait ayat ini....
ingatlah bahawa kita tak kekal lama kat dunia nie...
raya 2009
Tuesday, September 8, 2009
ape nak citer 33: puasa di ubern
Monday, September 7, 2009
WIEGREAT A.K.A. ZEQ is.....
Inventor. Businessman. Genius. |
|
Sunday, September 6, 2009
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
ape nak citer 32: Loghat ku...
Oak..pun disebut secara pntas / Di = Awak
Pedo’oh = Tipu / Bohong
Bobok = Tipu / Bohong
Pepalih = Terlebih / terlalu
Habat = Pengotor
Mat nya = Kenapa nya
Kek nya = Tetapi
Berambi = Senonoh / berhati-hati
Berlimbor = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahan
Kerayai = Takut / cemas / bimbang
Rodong = Kawan / teman
Linyar = Permukaan yang licin
Hampuras/Hampas = Tak berguna langsung
Meretoh = Tidur
Garas = Perihal mencuci dengan menggunakan berus
Pungkor/Reba = Semak-samun / juga digunakan untuk menggantikan perkataan bohong / tipu
Pandir = Bodoh
Berjejet = Peluh yang mencurah-curah / basah kuyup
Gedik = Ditujukan kepada perempuan yang gatal
Mantol = Pening-pening
Pepoh = Pukul,hentam
Tutuh = Perbuatan mencantas dahan, dan juga “biarkan”
Mentekedaghoh = makan
Deme = korang / kamu
Sapai = habis
Hamlor = riang
Ghobe = terlalu/teruk
Nyonyeh = basah lenjut
Lodek = lumpur
Konyo = riak wajah
Lopok = bekas untuk menyimpan sesuatu cth. lopok pensil
Mencari Malam Lailatul Qadar
IBADAT PUASA
Firman Allah Taala:"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (1)
Bulan Ramadhan, al-Qur'an dan "Malam Lailatul Qadar" mempunyai hubungan yang rapat antara satu dengan yang lain - sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan juga di dalam hadith-hadith Rasul-Nya s.a.w.
Bulan Ramadhan ialah bulan "Nuzul al-Qur'an":
"Bulan Ramadhan (ialah bulan) yang padanya diturunkan al-Qur'an .."(2)
Dalam ayat yang lain diterangkan lagi tentang masa turunnya al-Qur' an:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur'an pada malam lailatulqadar, (malam kemuliaan dan kebesaran)" (3)
Oleh kerana pada ayat yang lalu ditegaskan bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah Taala dalam bulan Ramadhan, maka dapat difaham bahawa "Malam Lailatulqadar" itu ialah salah satu malam dari bulan Ramadhan, tetapi tidak diterangkan malam yang mana satu?
Tujuannya supaya Rasulullah s.a.w dan umatnya membanyakkan ibadat dan amal kebajikan di sepanjang bulan Ramadhan.
Malam Yang Berkat
Malam "Lailatulqadar" juga disifatkan di dalam Al-Quran sebagai "malam yang berkat":
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat .. "(4)
"Malam yang berkat" yakni malam yang mengandungi pelbagai jenis kebaikan, kerana pada malam itu turunnya malaikat membawa rahmat dan salam sejahtera, seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran.
"Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahtera malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar". (5)
_______________________________
1. Ayat 1, 2 dan 3, Surah al-Qadar.
2. Ayat 185, Surah al-Baqarah.
3. Ayat yang pertama, Surah Al-Qadar.
5. Ayat 4 dan 5, Surah al-Qadar.
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar:
Kerana mulianya malam "Lailatulqadar", Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amal ibadat yang membawa rahmat.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
64- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: " .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) (1), sedang ia beriman (2) dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (3).
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).
______________________________
1. Seperti membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu.
2. (Sedang ia beriman) yakni sedang ia percaya dengan yakin tentang benarnya keistimewaan malam Lailatulqadar yang mulia itu.
Rasulullah s.a.w sendiri yang menjadi "contoh yang baik" telah menghayati - terutama sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan, dengan beriktikaf di masjid(1) - mengerjakan pelbagai jenis amal ibadat, untuk menyambut kedatangan malam "Lailatulqadar" yang mulia itu.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
65- Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Biasanya Rasulullah s.a.w berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam yang akhir (dari bulan Ramadhan), berbanding dengan masa yang lain". (2)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim).
______________________________
1. Bab beriktikaf di masjid telah diterangkan dalam "Mastika Hadith" jilid kedua (259- 261).
2. Misykat al-Masabih (1:647).
66- Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam ganjil dalam sepuluh malam yang akhir, dari bulan Ramadhan". (1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).
"Malam-malam yang ganjil" yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadhan.
Dalam pada itu, ada hadith yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadhan. (2)
Adapun hadith yang menyatakan bahawa malam yang mulia itu pernah ditemui dalam zaman baginda - pada malam 23 Ramadhan. (3)
Adapun hadith yang menyatakan bahawa Baginda pernah menyuruh seorang sahabat bertanya mengenai masa Lailatulqadar, supaya ia bersedia menghayatinya, pada malam 27 Ramadhan. (4)
Dari keterangan hadith-hadith yang tersebut dapat difaham bahawa "Malam Lailatulqadar" itu berpindah-pindah dari satu tahun ke tahun yang lain - dalam lingkungan "Sepuluh malam yang akhir" dari bulan Ramadhan.
Jelasnya masa berlakunya malam Lailatulqadar tetap dirahsiakan supaya setiap orang Islam menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadat, kerana dengan cara itulah sahaja - mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharap-harapkan, yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia dan akhirat.
______________________________
2. Al-Fath al-Rabbani (10:279).
Doa Khusus Untuk Malam Lailatulqadar
67- Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."
Lailatulqadar: "Kemuncak Bulan Ramadhan".
Menurut huraian ulama', rahimahullah, Lailatulqadar merupakan "kemuncak bulan Ramadhan"(2) kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Qur'an al-Karim dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w.
Sebab itulah umat Islam digalakkan menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadat, dengan membaca Al-Qur'an dan memperbanyak beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w.
Orang-orang yang tekun beribadat pada sepuluh malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan, kerana telah sabit dalam hadith-hadith yang sahih bahawa malam "Lailatulqadar' wujud pada salah satu dari malam-malam yang sepuluh itu, terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
Orang-orang yang tekun beribadat dalam masa yang tersebut - untuk menemui malam Lailatulqadar - akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada ia dapat menemuinya (dengan melihat sesuatu yang luar biasa) atau tidak dapat menemuinya dan tidak melihat apa-apa. Kerana yang penting seperti yang tersebut dalam hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang telah diterangkan pada bahagian yang lalu ialah:
Pertama: Menghayati masa yang tersebut dengan amal ibadat.
Kedua: Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat.
Ketiga: Amal ibadat itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat-Nya dan keredhaan-Nya.
Sebelum itu hendaklah ia bertaubat dengan sebenar-benarnya - "Taubat Nasuha" dan terus "Beristiqamah" (tetap teguh - mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya).
Banyak Orang Yang Menyaksikan Malam Lailatulqadar
Imam Nawawi rahimahullah, berkata: "Malam Lailatul Qadar dapat disaksikan oleh orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun dalam bulan Ramadhan, sebagaimana yang telah diterangkan dengan jelas dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan diberitakan juga oleh orang-orang yang soleh ...."(3)
Kemudian Imam Nawawi menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi rahimahullah, dalam kitabnya "Al-Hawi": Bahawa orang yang dapat menyaksikan malam Lailatulqadar, elok ia menyembunyikan perkara-perkara yang telah disaksikan (supaya ia terselamat dari perasaannya) dan hendaklah ia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas dan sepenuh-penuhnya yakin, dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya dan biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama dan hari akhirat."(4)
Tanda-Tanda Mengenai Malam Lailatulqadar
Alim ulama' rahimahullah menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam "Lailatulqadar".
Ada yang berkata: Orang yang menemui malam "Lailatulqadar", ia melihat nur yang terang benderang di segala tempat, hatta segala ceruk yang gelap-gelita.
Ada pula yang berkata: Ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari malaikat.
Ada juga yang berkata: Ia melihat segala benda (termasuk pohon-pohon kayu) rebah sujud.
Ada pula yang berkata: Doa permohonannya makbul.
Imam Al-Tabari rahimahullah memilih "qaul" yang menegaskan: Bahawa semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya ia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan "melihat sesuatu atau mendengarnya" untuk menemui malam Lailatulqadar. (5)
Yakni yang penting ialah taat mengerjakan amal bakti kerana Allah semata-mata, kerana balasannya tetap terjamin dan akan dapat dinikmati di dunia dan akhirat.
______________________________
2. Al-Ibadah, Ahkam wa Asrar (2:128).
5. Al-Fath al-Rabbani (10:296).
