Tuesday, February 2, 2010

100 DAYS

ASSALAMMUALAIKUM WBT...

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG ZEQ NI.. DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH...

BUAT MASA SEKARANG BLOG ZEQ TIDAK AKTIF ... (BERMULA 04/12/2009)

SELEPAS 100 HARI PADA TARIKH TERSEBUT, ZEQ AKAN AKTIFKAN DAN MEMAPARKAN CERITA-CERITA N BERITA-BERITA TERBARU...

HARAP MAKLUM....

Wednesday, December 2, 2009

Kuliah yang memenatkan...

Macam biasa, bila dah habis kuliah apa lagi bertenet la. Alhamdulillah hari habis awal sikit, pukul 5.30 ptg. Baru masuk 2 minggu kat sini, dah bermacam-macam jenis lecturers aku jumpa. Ada sekali tu lecturer sekor ni just masuk sekali saje, then tukar ngan orang lain. Alasannya tak boleh ngajar lama-lama, nanti tidak boleh claim ngaja. Pulak.....

Hmm... sapa boleh jawab tu. Terdetik gak dalam hati, kata nak membentuk guru yang tinggi dengan sahsiah dan seumpamanya, tapi bila kene kat depa lain pulak ceritanya. Teringat aku kata-kata lecturer masa kat maktab dulu, kalo mengajar kat sekolah kene ikhlas, jangan kerja kerana duit aje, nanti hidup tidak berkat. ;/

Bukan nak kutuk lecturer tadi, pasal aku pun pendidik. Apa-apa yang tidak puas hati ngan pentadbir atau rakan sekerja, aku takkan cakap depan anak didik. Yang penting kene profesional, tanggungjawab terhadap tugas kene laksana dengan sebaik-baiknya. Ikut hati, mahu aje aku nak tegur lect tu. Tapi apakan daya kita orang yang kerdil, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Wah membebel pulak aku petang-petang nie. Hari nie terasa penat sikit pasal kene daki kelas tingkat 3, then tukar kelas blok lain pulak di aras bawah, then tukar sana sini situ..mcm-mcm lagi le.. That's life in campus, memang sentiasa kene bergerak kalau nak ilmu. Tapi kalo berat badan tak kurus-kurus ada la yang tak kene. =__=

Assignment dah makin berlambak, walaubagaimana susah payah pun, dengan akal fikiran yang tak berapa genius ni kata, boleh la buat kot.!??hmm???mintak-mintak dapat result macam abg gee,, anugerah dekan tu, skrg tengah amik master kat UPSI. Lupa nak congrates.

Pagi tadi dapat mesej kat abg ajak, die gtau adik Cikgu Vidayu meninggal dunia pagi tadi, eksiden kat batu 6 teluk intan. Aku tumpang simpati kat keluarga beliau, walaupun xkenal adiknya tapi terasa la jugak kesedihannya. Al-Fatihah...

Insyaallah, nati aku letak le gambar, cikgu-cikgu ubern tahun 6 kang tak percaya aku tgh belajar, xde bukti kata dorang, mngada-ngada. Oh terlupa, semalam mamat2 nie ada call aku semalam, time aku ade tgh kuliah, dengan ayat kurang ajonya mengajak aku men tuju bola warna. Apa barang!!! (snooker) hehehe... tunggu la woi, korang praktis2 la dulu, kang takut menyesal.

Sambil-sambil aku layan tenet nie, rupa-rupanya bisnes firol dah makin berkembang, die tgh sibuk bisnes blook die. Kepada yang belum dapat, apa lagi email la kat die ok. Harap2 die sukses la.

orait folks, got to go now, nak smbung study dalam bilik lak, nanti aku sambung lain lak citer aku yang membosankan nie.. -____-

Monday, November 30, 2009

Selamat HAri Raya

Assalamualaikum wbt...

Dapat sekejap luangkan masa ni, nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.

Baru saja habis kelas, padahal raya dah berlalu beberapa hari yang lepas. Tak sangka aku kembali ke alam belajar semula, memang terasa jiwa dan raga nak pecah semula. Hmm.. kalau citer kat member aku yang sekor tu, mesti jawab 'Sape yang mintak'.. kasi panas aje hati aku.

Nak surf internet kat dalam hostel pun ade, tapi sume die blok. Baik tak payah ada internet je kat situ. ni pun berjalan 300meter pergi ke library, pasal kat sini ada steamyx. Saja nak check internet.

Kepada kengkawan tu, jangan lupakan aku pada musim cuti ni yek. huhu.. Dah la aku tak dapat cuti, kelas pun terlalu pack sampaikan ada waktu malam. huhu ;(
Kalau kereje kat ubern pun takde sampai macam ni tiap-tiap hari.

Ok, dah pukul 7.20 mlm, kang terjumpa menda lain lak kat library ni.. huhuhuhu,,,

Bersambung.........




Tuesday, November 24, 2009

cuti ker????

Lambat sikit aku gtau result upsr...

Hambar sikit tahun nie... aku ingat pecah la rekod lagi, tapi hampeh... tiada siapa yang dapat 5A.. paling tinggi dapat 4A 1 C.. hmmm... malangnya C tu subjek sains... walaubagaimanapun subjek aku sndiri kali ini mengatasi la subjek math n sains dengan peratus lulus keseluruhan 81.1% berbanding 65% tahun lepas.. kualiti tetap sama.. Alhamdulillah.. gembira ada terkilan pun ada...

Postmortem dah wat jumaat lepas, berapi juga le, nasib baik xde gempa bumi. Ingatkan nak masuk entri masa jumaat tu.. tapi napat good news,, aku dapat smbung PGSR kat IPG tengku bainun... pasni belajar sambung degree lee... ok.. lecture dah datang nanti sambung... adios

sambung sikit.. nak dapatkan ijazah kali nie memang mencabar... mana tidaknya, dari pukul 7.30pg samapi 9.00 kelas... penaaat... ok wish me luck...

assalammualaikum wbt...

Thursday, November 19, 2009

SEJARAH HARI INI....

Lama menyendiri takde wat ape2 pun kat blog nie...

Jiwa tengah kacau.... hmm.... tu salah satu punca terdiam sehingga sekarang... hish emosi la plak...

Hari ni lagi jiwa kacau.. sepatutnya hari cuti peristiwa ni aku leh la rilek2 n tenangkan fikiran... tapi tak sampai sekarang masih jiwa kacau...

Pagi tadi aku dengan hati yang berdebar2 pergi ke sekolah, semata-mata nak mendengar khabar berita yang indah. Selama 6 tahun aku tgk murid2 aku membesar depan mata dan hari ini sepatutnya menjadi satu detik sejarah buat mereka untuk merayakan kejayaan mereka. Walaupun selama 6 tahun ni bersama mereka, dengan macam-macam ragam yang kadangkala membuat aku tension selalu,but by the end they are still a good student. Murid2 tahun ni memang berbeza ngan murid2 tahun-tahun yang sudah. Setiap tahun aku kena ciptakan satu formula sendiri bagi menarik minat mereka belajar samada secara baik atau secara paksa. Saja aku taknak puji lebih2 mereka nie kat dalam blog pasal dorang mesti baca punya. Kang makin kembang hidung tu nanti.

Sambung cerita tadi, lebih kurang kul 10pg kat skolah untuk bersama2 dengan anak2 didik aku untuk menunggu keputusan UPSR yang sepatutnya diumumkan hari ini. Dah la hati aku berdebar-debar menantikan keputusan yang bakal tiba. Adakah sejarah tahun lepas kembali menghantui aku semula. Bercelaru bersama hati yang begitu runsing. Memang pagi tadi takde mood langsung. Tak tau kenapa, maybe disebabkan panggilan Mr. Pah yang aku terima kot. Ucapan darinya mmg membuat aku lagi hangin satu badan. Kesannya terkena kat Miss Andartu, silap besar la nak bergurau-gurau ngan aku. Terus aku bagi KAMIKAZE face to face.

Pukul 11pg masih belum ada berita tentang keputusan, tapi hset 2 geng asik berbunyi sampai datang mengeluh kat aku kerana dorang kene jadi operator. Nasib baik aku tidak terima nasib seperti mereka. Haha.. Time ni jiwa masih kacau lagi, so aku cari Mr Pemulihan untuk pulihkan hati ini.

Tekan pangkah, tekan bulat, tekan petak tak menjadi, last2 aku tackle aje, terus dapat kad merah. Memang aku tak boleh fokus main PS2 kat dalam bilik rahsia tu. Kalah tipis, takpe esok leh main lagi. Hehe. Aku tengok jam dah kul 1.00 ptg. Tapi dia tak datang2 lagi. Operator gitau sekolah lain dah dapat semua result, so aku SMS la dia, ada reply....

"result....esok"...hmm.. aku gtau kat operator suruh hebahkan kat murid2 supaya amik keputusan esok. Aku taknak gtau pasal aku takut terlepas tengok citer wayang..."2012"...

Jadi secara kesimpulannya.. sampai sekarang jiwa tengah kacau, rasanya kat Malaysia ni Ubern skool yang menjadi sekolah yang masih belum menerima keputusan UPSR kot.... -......-

Monday, October 12, 2009

antara PMR n Praba( not mraba yek)


bukan xnak updatekan blog aku slalu... hidup aku dulu slalu bizi +bizibody(paperazzeq)...
skrg nie makin bertambah 'ter' bizi.. mcm2 kene uruskan... (gaji xgak tinggi sgt pun :(.....

tp bukan nak ngadu ape2... saje je nak lepas tension ngantuk jaga bebudak PMR....

so ada la satu insiden masa aku jaga PMR paper Sains II...

yang bagusnya kali ni budak xde yg jadi kura2.. menjeling sana sini... mayb dorg tau aku jaga susah sket nak guna toyol..

so bile abes paper sains.... ketua pengawas suruh 'cengcalon' semak smula la kertas2 mereka....

owh.. slum tu ni salah satu calon istimewa...

prabagaran.... (xsilap kat firol's blog pun ade kesah budak nie...)

makin tinggi 'giler' budak nie.....


so dijadikan citer aku collect la sume jawapan dorang untuk dikumpulkan....

bila smpai kat meje die, mata aku tertumpu kat kertas jawapannya....

'Dey Praba, apsal awak tulis nama pada kertas jawapan nie? Kan saya suruh tulis angka giliran dan no ic aje....!!!' tanya aku...

dengan wajah macho dan bertenang, die jawab


'kalo saya tidak tulis, nanti itu cikgu tidak kenal sama saya la..' jawab budak bertuah tu....

suasana sepi bertukar bising skejap pasal aku gelak terkezut ngan budak2 sekelilingnya......

'adus Praba... cikgu tu ade kenal kamu ke, kamu pun x kenal cikgu tu!!!' mcm2 budak2 sekolah menengah kini.......

Sunday, October 11, 2009

Kehilangan

Hari ni aku dapat SMS dari burn....

"bpk aku meninggal dunia pg td. Tima kasih."

tekejut gak aku dpt berita sedih drpd die.. bukan ape, pakcik yusoff tu aku kenal sejak aku mula2 posting kat sini... mmg baik org nya, n layan satu kpala ngan aku...

tringat masa kawin kaznem dulu kat umah kak anom di kedah... time tu aku kuar ngan polis narkotik, pa' at, rewang2 bandar sik smbil cari kedai gunting rambut..
burn masa tu tgh dok sibuk uruskan kenduri....

bila aku balik umah, bapak die sound kat aku ngan pa'at..

"korang pegi mana hah!!!

"kami g kedai gunting rambut jap" sahut aku...

" ada ke patut time ni korang kuar, sepatutnya korang ajak aku skali pegi... ape ingat aku ni x cukup muda ke" die tya lagi...

ape lagi kitaorg gelak le.... engatkan ape tadi... burn mcm hangin je pasal bpk die n anom x kasi ikut kitaorng melancong mane2...

ape2 pun mmg banyak kenangan ngan arwah... slalu sangat aku tgk arwah mengusik burn, yela burn kan org yg lurus suci murni....

last aku jmpe arwah masa burn pindah umah baru die kat sg petani... time aku datang dorang bawak aku berkelah di ulu bakai..dekat ngan skool burn.. masa tu arwah masih steady walaupun x tunjuk dia sakit...

semoga pemergian arwah ditempatkan dengan golongan org2 yg beriman dan bertakwa...

burn.. perjalanan hidup harus diteruskan dan sabar dan tabahlah yek...

kepada blogger2... marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Yusof...

Al-Fatihah....

*patot la ati x tenang mlm td.. asik layan lagu bawah nie...sayup je...


Bila Waktu Telah Terhenti




bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sedari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi


*saja nak kongsi... hayatilah bait-bait ayat ini....

ingatlah bahawa kita tak kekal lama kat dunia nie...

raya 2009

dah raya pun... well lama x publish pe2 pun coz very da bizi...

mcm2 cite yg blaku... but tgk la kalo sempat.... aku post kan..

just nak wish slamat hari raya.. maaf zahir dan batin kepada kengkawan dan semua yg mengenali diri ini... semoga bergumbira bersama dengan keluarga yang tersayang...



Tuesday, September 8, 2009

ape nak citer 33: puasa di ubern

kiranya dah 6 tahun aku merasa bpose kat ubern nie... taun dpn msih mnjadi tnda tnya lagik???!!!!
hmm...

antara pengalaman aku x leh lupe aku kongsikan bersama,,,

- x penah miss makan mee goreng pada bulan pose... dari kecik dah kene latih oleh ayahanda aku... ramai btnye, ada tenaga ke??? dah biasa...

- waktu malam ada aktiviti men badminton, kadang2 smpai 2-3 pagi baru balek.. trus sahur...

- 5 tahun gak bayor zakat kat sungai beso, pusat pmbayaran zakat.. tahun nie pun rasenye sama gak kot...

- time ni berat badan turun mendadak.. tp pas raye naik mendadak..:(

- menipiskan tempat duduk blkang motor lagenda jiran aku.. sape lagi penerbit PELAKAR le...

- al-quran kat umah bersih x berhabuk...:)

- mesti ada satu kali berbuka kat umah cikgu apek beramai-ramai....

- waktu malam bukak tingkap luas-luas

- perkataan memaki b*d*h, ba***g, g*le n sbgainya (kdg2 je gune ek..)ditukar kepada 'pandainya', 'bijaknya' dan 'sayang' kat bebudak...

- penah byk kali x bangun sahur... awl slum tu dah masak mcm untuk makan sahur..mbazir aje...

- x pose bape kali pasal kene gastrik... (dah ganti yekk)

- tiga tmpat bazar ramadhan wajib pegi, sungai beso, sungai panjang dan diamond bay (teluk intan)..

- lagu2 nasyid wajib dengar..

- antara org trawal datang skool... sehingga skrg...

- mesti ada satu hari berbuka pose beramai-ramai kat sungai beso.. kemuncak nak dkt cuti skool... tp syg taun 2007 x dpt follow pasal berkursus kat IPBA 3bulan...

-dan byk lagi.. dah xbpe engat sgt... low memory mlm ni.. hehe...