Monday, November 30, 2009

Selamat HAri Raya

Assalamualaikum wbt...

Dapat sekejap luangkan masa ni, nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.

Baru saja habis kelas, padahal raya dah berlalu beberapa hari yang lepas. Tak sangka aku kembali ke alam belajar semula, memang terasa jiwa dan raga nak pecah semula. Hmm.. kalau citer kat member aku yang sekor tu, mesti jawab 'Sape yang mintak'.. kasi panas aje hati aku.

Nak surf internet kat dalam hostel pun ade, tapi sume die blok. Baik tak payah ada internet je kat situ. ni pun berjalan 300meter pergi ke library, pasal kat sini ada steamyx. Saja nak check internet.

Kepada kengkawan tu, jangan lupakan aku pada musim cuti ni yek. huhu.. Dah la aku tak dapat cuti, kelas pun terlalu pack sampaikan ada waktu malam. huhu ;(
Kalau kereje kat ubern pun takde sampai macam ni tiap-tiap hari.

Ok, dah pukul 7.20 mlm, kang terjumpa menda lain lak kat library ni.. huhuhuhu,,,

Bersambung.........




Tuesday, November 24, 2009

cuti ker????

Lambat sikit aku gtau result upsr...

Hambar sikit tahun nie... aku ingat pecah la rekod lagi, tapi hampeh... tiada siapa yang dapat 5A.. paling tinggi dapat 4A 1 C.. hmmm... malangnya C tu subjek sains... walaubagaimanapun subjek aku sndiri kali ini mengatasi la subjek math n sains dengan peratus lulus keseluruhan 81.1% berbanding 65% tahun lepas.. kualiti tetap sama.. Alhamdulillah.. gembira ada terkilan pun ada...

Postmortem dah wat jumaat lepas, berapi juga le, nasib baik xde gempa bumi. Ingatkan nak masuk entri masa jumaat tu.. tapi napat good news,, aku dapat smbung PGSR kat IPG tengku bainun... pasni belajar sambung degree lee... ok.. lecture dah datang nanti sambung... adios

sambung sikit.. nak dapatkan ijazah kali nie memang mencabar... mana tidaknya, dari pukul 7.30pg samapi 9.00 kelas... penaaat... ok wish me luck...

assalammualaikum wbt...

Thursday, November 19, 2009

SEJARAH HARI INI....

Lama menyendiri takde wat ape2 pun kat blog nie...

Jiwa tengah kacau.... hmm.... tu salah satu punca terdiam sehingga sekarang... hish emosi la plak...

Hari ni lagi jiwa kacau.. sepatutnya hari cuti peristiwa ni aku leh la rilek2 n tenangkan fikiran... tapi tak sampai sekarang masih jiwa kacau...

Pagi tadi aku dengan hati yang berdebar2 pergi ke sekolah, semata-mata nak mendengar khabar berita yang indah. Selama 6 tahun aku tgk murid2 aku membesar depan mata dan hari ini sepatutnya menjadi satu detik sejarah buat mereka untuk merayakan kejayaan mereka. Walaupun selama 6 tahun ni bersama mereka, dengan macam-macam ragam yang kadangkala membuat aku tension selalu,but by the end they are still a good student. Murid2 tahun ni memang berbeza ngan murid2 tahun-tahun yang sudah. Setiap tahun aku kena ciptakan satu formula sendiri bagi menarik minat mereka belajar samada secara baik atau secara paksa. Saja aku taknak puji lebih2 mereka nie kat dalam blog pasal dorang mesti baca punya. Kang makin kembang hidung tu nanti.

Sambung cerita tadi, lebih kurang kul 10pg kat skolah untuk bersama2 dengan anak2 didik aku untuk menunggu keputusan UPSR yang sepatutnya diumumkan hari ini. Dah la hati aku berdebar-debar menantikan keputusan yang bakal tiba. Adakah sejarah tahun lepas kembali menghantui aku semula. Bercelaru bersama hati yang begitu runsing. Memang pagi tadi takde mood langsung. Tak tau kenapa, maybe disebabkan panggilan Mr. Pah yang aku terima kot. Ucapan darinya mmg membuat aku lagi hangin satu badan. Kesannya terkena kat Miss Andartu, silap besar la nak bergurau-gurau ngan aku. Terus aku bagi KAMIKAZE face to face.

Pukul 11pg masih belum ada berita tentang keputusan, tapi hset 2 geng asik berbunyi sampai datang mengeluh kat aku kerana dorang kene jadi operator. Nasib baik aku tidak terima nasib seperti mereka. Haha.. Time ni jiwa masih kacau lagi, so aku cari Mr Pemulihan untuk pulihkan hati ini.

Tekan pangkah, tekan bulat, tekan petak tak menjadi, last2 aku tackle aje, terus dapat kad merah. Memang aku tak boleh fokus main PS2 kat dalam bilik rahsia tu. Kalah tipis, takpe esok leh main lagi. Hehe. Aku tengok jam dah kul 1.00 ptg. Tapi dia tak datang2 lagi. Operator gitau sekolah lain dah dapat semua result, so aku SMS la dia, ada reply....

"result....esok"...hmm.. aku gtau kat operator suruh hebahkan kat murid2 supaya amik keputusan esok. Aku taknak gtau pasal aku takut terlepas tengok citer wayang..."2012"...

Jadi secara kesimpulannya.. sampai sekarang jiwa tengah kacau, rasanya kat Malaysia ni Ubern skool yang menjadi sekolah yang masih belum menerima keputusan UPSR kot.... -......-