Thursday, November 19, 2009

SEJARAH HARI INI....

Lama menyendiri takde wat ape2 pun kat blog nie...

Jiwa tengah kacau.... hmm.... tu salah satu punca terdiam sehingga sekarang... hish emosi la plak...

Hari ni lagi jiwa kacau.. sepatutnya hari cuti peristiwa ni aku leh la rilek2 n tenangkan fikiran... tapi tak sampai sekarang masih jiwa kacau...

Pagi tadi aku dengan hati yang berdebar2 pergi ke sekolah, semata-mata nak mendengar khabar berita yang indah. Selama 6 tahun aku tgk murid2 aku membesar depan mata dan hari ini sepatutnya menjadi satu detik sejarah buat mereka untuk merayakan kejayaan mereka. Walaupun selama 6 tahun ni bersama mereka, dengan macam-macam ragam yang kadangkala membuat aku tension selalu,but by the end they are still a good student. Murid2 tahun ni memang berbeza ngan murid2 tahun-tahun yang sudah. Setiap tahun aku kena ciptakan satu formula sendiri bagi menarik minat mereka belajar samada secara baik atau secara paksa. Saja aku taknak puji lebih2 mereka nie kat dalam blog pasal dorang mesti baca punya. Kang makin kembang hidung tu nanti.

Sambung cerita tadi, lebih kurang kul 10pg kat skolah untuk bersama2 dengan anak2 didik aku untuk menunggu keputusan UPSR yang sepatutnya diumumkan hari ini. Dah la hati aku berdebar-debar menantikan keputusan yang bakal tiba. Adakah sejarah tahun lepas kembali menghantui aku semula. Bercelaru bersama hati yang begitu runsing. Memang pagi tadi takde mood langsung. Tak tau kenapa, maybe disebabkan panggilan Mr. Pah yang aku terima kot. Ucapan darinya mmg membuat aku lagi hangin satu badan. Kesannya terkena kat Miss Andartu, silap besar la nak bergurau-gurau ngan aku. Terus aku bagi KAMIKAZE face to face.

Pukul 11pg masih belum ada berita tentang keputusan, tapi hset 2 geng asik berbunyi sampai datang mengeluh kat aku kerana dorang kene jadi operator. Nasib baik aku tidak terima nasib seperti mereka. Haha.. Time ni jiwa masih kacau lagi, so aku cari Mr Pemulihan untuk pulihkan hati ini.

Tekan pangkah, tekan bulat, tekan petak tak menjadi, last2 aku tackle aje, terus dapat kad merah. Memang aku tak boleh fokus main PS2 kat dalam bilik rahsia tu. Kalah tipis, takpe esok leh main lagi. Hehe. Aku tengok jam dah kul 1.00 ptg. Tapi dia tak datang2 lagi. Operator gitau sekolah lain dah dapat semua result, so aku SMS la dia, ada reply....

"result....esok"...hmm.. aku gtau kat operator suruh hebahkan kat murid2 supaya amik keputusan esok. Aku taknak gtau pasal aku takut terlepas tengok citer wayang..."2012"...

Jadi secara kesimpulannya.. sampai sekarang jiwa tengah kacau, rasanya kat Malaysia ni Ubern skool yang menjadi sekolah yang masih belum menerima keputusan UPSR kot.... -......-