"Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan...
Asrul " Bapak aku jadi ahli sukan, bapak korang kerja apa "
Azhari dan Al-Hafiz menjawab " Bapak kami pun ahli sukan jugak".
Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan....
Asrul meneruskan cerita.." Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ke tanah "
" Itu tak heran " kata Azhari " Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"
"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini" kata Al-Hafiz. " Bapak aku kerja di Perak tapi tinggal di Selangor. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari. "
Moralnya... bapak macam ni banyak. pejabat belum tutup dia dah ada kat rumah.
Janganlah kita jadi bapak macam ni.... insaf..insaf
Menemui sesiapa yg berkenaan...
11 years ago
2 bla..bla..bla...:
woishhhh laju nye.......hebat2...
Silverleaf ...
aku yg blum jadi bapak ni pun kadang2 terasa... hehe
Post a Comment